Surah Qaf

Surah Qaf (Bahasa Arab: سورة ق‎) adalah surah ke-50 dalam al-Quran. Surah ini tergolong surah Makkiyah yang terdiri atas 45 ayat. Dinamakan Qaf (ق) kerana surah ini dimulai dengan huruf Qaf (ق). Menurut hadis yang diriwayatkan Imam Muslim, bahawa Nabi Muhammad senang membaca surah ini pada rakaat pertama solat subuh dan pada solat hari raya. Sedang menurut riwayat Abu Daud, Al-Baihaqi dan Ibnu Majah bahawa Nabi Muhammad membaca surat ini pada tiap-tiap membaca khutbah pada solat Jumaat. Kedua riwayat ini menunjukkan bahawa surah Qaf sering dibaca Nabi Muhammad di tempat-tempat umum, untuk memperingatkan manusia tentang kejadian mereka dan nikmat-nikmat yang diberikan kepadanya, begitu pula tentang hari berbangkit, hari berhisab, syurga, neraka, pahala, dosa, dsb. Surah ini dinamai juga Al-Basiqat diambil dari perkataan Al-Basiqat yang terdapat pada ayat 10 surah ini.